Seorang anggota PPM Tawau sedang melakukan pemeriksaan terhadap sebuat bot semasa operasi
Oleh Ahmad Tamrin
TAWAU : Pasukan Polis Marin Tawau bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau membuat 3 tangkapam cubaan seludup barang kawalan di perairan Laut Pelabuhan dan Laut Sungai Haji Kuning Tawau pada hari Rabu.
Operasi Bersepadu yang dilaksanakan pada kira-kira jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang melibatkan 2 pegawai kanan polis, 17 anggota dan 7 pegawai KPDNHEP dengan menggunakan 2 aset botronda PPM Tawau, kata Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah ACP Haji Mohamad Pajeri Ali
Menurut Mohamad Pajeri, operasi tersebut tertumpu kepada aktiviti penyeludupan barang kawalan yang cuba diseludup keluar dari Malaysia ke Indonesia melalui perairan Tawau. Pasukan operasi telah berjaya menahan dan memeriksa 2 buah bot laju (penambang) serta 1 buah bot jenis jongkong dengan membawa muatan barang kawalan iaitu 6 biji tong gas berisi dan 120 kilogram gula.
“Hasil pemeriksaan terhadap dua orang juragan tempatan dan seorang juragan warga Indonesia berumur 33 tahun hingga 63 tahun itu telah gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas kesemua barang-barang kawalan yang dibawanya,” tambah beliau.
Kesemua juragan beserta bot dan barang rampasan diarah ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya. Nilai keseluruhan rampasan termasuk 6 biji tong gas berisi dan 120 kilogram gula bersama 2 buah bot laju, 1 buah jongkong dan 4 unit injin sangkut jenama Yamaha 40 HP dianggarkan berjumlah RM 68,260, katanya lagi.
Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 22(1) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali, kata Mohamad Pajeri.
“Dalam operasi yang sama, pasukan operasi telah menahan seorang wanita, warganegara Filipina berumur 28 tahun yang disyaki seorang penagih dan pengedar dadah mengikut sumber maklumat Unit Risikan Marin,” kata Mohamad Pajeri.
Mohamad Pajeri kata wanita tersebut di tahan dan di bawa ke PPM Tawau untuk diserah ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah untuk siasatan lanjut. Kes akan disiasat dibawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK