BEREBUT SEORANG GADIS : REMAJA DIBELASAH SEKUMPULAN LELAKI

Oleh Faizal Rahman

LAHAD DATU : Gara-gara berebut seorang gadis, seorang remaja cedera dibelasah tujuh lelaki di lorong belakang sebuah kedai di Sri Perdana, dekat sini pada hari Ahad.

Mangsa yang berumur 19 tahun sedang berjalan menuju kereta beliau selepas turun dari rumah sewanya apabila dipukul oleh lelaki-lelaki tersebut, kata Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor pada hari Isnin.

Saspek bertindak memukul remaja itu kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan teman wanita salah seorang daripada mereka, kata Nasri.

Menurut Nasri, mangsa mengalami bengkak di bahagian kepala, mulut dan belakang badan akibat dipukul oleh kumpulan lelaki itu.

Pihak polis berjaya menangkap  lima saspek lelaki berumur 18 hingga 25 tahun di sebuah rumah yang terletak di Taman Aman 3 jam 1.00 pagi untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, tambah Nasri

Nasri memberitahu bahawa siasatan awal polis mendapati kejadian dipercayai berpunca dari perebutan teman wanita.