Syabu yang dirampas oleh Polis Lahad Datu pada hari Rabu
Oleh Faizal Rahman
LAHAD DATU : Seorang pembantu penyelia ladang ditangkap oleh polis kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 38.25 gram di sini kelmarin.
Saspek seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun ditahan semasa menaiki sebuah motosikal di simpang masuk kawasan perindustrian Layung, Jalan Tengah Nipah lebih kurang jam 5.45 petang, kata Ketua Polis Daerah ACP Nasri Mansor.
Polis menemui satu paket plastik berisi empat paket kecil berisi ketulan hablur jernih dipercayai syabu yang bernilai RM5,738 hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap saspek, tambah Nasri.
Saspek dibawa ke Balai Polis Lahad Datu dan ditahan lanjut untuk siasatan dibawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, kata beliau lagi.
Menurut Nasri , saringan ujian air kencing juga mendapati saspek positif dadah jenis syabu.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK