Situasi semasa wabak kolera di negeri ini menunjukkan sebanyak tujuh kes dengan satu kes baharu direkodkan di Kg Bangau-Bangau, Semporna, hari ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi mendedahkan bahawa daripada jumlah itu, terdapat enam kes simptomatik dan satu kes lagi asimptomatik.
Secara keseluruhannya empat daerah merekodkan wabak kolera hingga 19 Februari dengan Lahad Datu mencatatkan tiga kes simptomatik dan satu kes asimptomatik
Daerah yang turut mempunyai kes wabak kolera selain Semporna dan Lahad Datu pula, masing-masing satu kes yang dikesan sekitar kawasan Kota Kinabalu dan Putatan.
Berdasarkan perkongsian di laman facebook rasmi Dr Christina juga, risiko jangkitan penyakit kolera boleh merebak sekiranya menggunakan tandas yang tidak sempurna.
Selain itu, termasuklah akibat tidak mencuci bahan mentah sebelum dimasak atau dimakan, air minum yang tidak bersih serta memakan makanan yang dihinggapi lalat.
Risiko jangkitan kolera juga boleh disebabkan tidak membasuh tangan dengan bersih selepas menggunakan tandas atau sebelum menyediakan makananan dan sebelum makan.
Pada masa sama, orang ramai turut dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospita berhampiran sekiranya mengalami simpton berisiko cirit-birit berair. – Utusan Borneo

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ