Adik maut dilanggar ketika ingin mengejar kakaknya ke sekolah

gambar hiasan

Oleh: Melody

PUTRAJAYA, 27 Mei – Seorang kanak-kanak perempuan berumur satu tahun empat bulan maut selepas dilanggar bas di hadapan rumahnya di Taman Anggerik, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, kejadian terbabit berlaku pada jam 12.15 tengah hari ketika mangsa mengekori kakaknya keluar rumah untuk menaiki bas.

Katanya, kakak mangsa tidak menyedari adiknya keluar dari rumah untuk mengekorinya sebelum terperosok di bawah bas yang bergerak.

Sehubungan itu, mangsa kemudiannya dibawa ke ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi dan disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan.

Kamarul berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.