AET TINGKATKAN PENDAPATAN PEKEBUN KECIL GETAH

Oleh Nio James

BONGAWAN: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong, berkata, pelaksanaan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) untuk pekebun kecil getah telah bermula tahun lalu.

Beliau berkata, pelaksanaan AET telah berjayanya dilaksanakan oleh LIGS sebagai langkah meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

“Pagi tadi saya turun ke Kampung Jawa, di Bongawan untuk melawat Wandi Warni yang merupakan antara peserta AET LIGS yang menyertai program AET kelulut,” katanya.

Beliau juga melawat Steven Rantin dan Wolten Guntagil dari Kampung Ulu Lumagar, para peserta  AET yang menanam halia dan lada hitam.

Junz menjelaskan, AET yang dilaksanakan oleh LIGS sejak tahun 2019 merupakan inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pertanian Sabah 2021-2030, sebuah rancangan strategik bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

“Harga getah di peringkat dunia menjunam. Itu di luar kawalan kami. Tetapi di pihak Kerajaan Sabah, kami sedang melakukan yang terdaya,” katanya.

Menurutnya, antara inisiatif yang diusahakan adalah AET, dimana lebih banyak program akan laksanakan tahun ini, termasuk pemberian rumah burung walit percuma, penghasilan madu, penanaman cili, lada hitam, halia, labu dan buah-buahan seperti nanas untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah.

Katanya, berbeza dengan tuduhan pembangkang, pekebun kecil getah Sabah sedang menerima RM2.80 bagi setiap kilo getah yang diusaha.

“Harga minima di Sabah adalah RM2.80 sekilo. Harga ini 30 sen lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia. Jadi pertuduhan pembangkang adalah tidak benar.

“Sebab itu penting untuk kita menyokong sepenuhnya kepimpinan Ketua Menteri Sabah, agar suara kita lebih bersatu dan kuat dalam menuntut semula hak Sabah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *