[ad_1]
Buat julung kali, istiadat itu menggabungkan Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan bersama Pegawai Kadet Graduan daripada Akademi Tentera Darat, Kapal Diraja Sultan Idris I dan Akademi Tentera Udara.
Perbarisan itu turut disertai Pegawai Kadet daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Seramai 504 Pegawai Kadet ditauliahkan hari ini terdiri daripada mereka yang menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan institusi pengajian tinggi awam lain.
Majlis hari ini menyaksikan Pegawai Rendah Muda Mohd Zulzafri Zolkarnain dinobatkan sebagai Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan.
Turut hadir Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu