Ahli Parlimen Tuaran lawat ahli keluarga berkabung di Kampung Sungai Damit

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau terus prihatin terhadap rakyat yang ditimpa kesusahan.

Selasa lalu, beliau telah berkunjung ke sebuah keluarga di Kampung Sungai Damit Tamparuli yang sedang bersedih atas pemergian ayah tercinta.

Madius yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut menyampaikan sumbangan kepada kepada keluarga tersebut.

Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada anak arwah, Ramlee Mat dan keluarga agar tabah menghadapi situasi tersebut.

Ramlee menghargai kunjungan Madius dan berterima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *