Sabah ini hari ada 233 kes, KK paling tinggi

Sabah merekodkan 233 kes ini hari dengan Kota Kinabalu kekal sebagai kes tertinggi dengan sebanyak 58 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu Tawau merekodkan 42 kes dan Sandakan meningkat kepada 33 kes diikuti Kudat 16 kes manakala Penampang 14 kes.

“Putatan merekodkan sembilan kes dan Papar serta Nabawan masing-masing lapan kes diikuti 12 kes di Beaufort dan Pitas.

“Lahad Datu, Semporna dan Kota Marudu masing-masing merekodkan lima kes, Tuaran empat kes, Kuala Penyu tiga kes manakala Sipitang dan Telupid dua kes setiap daerah,” katanya.

Katanya hanya satu kes di tujuh daerah iaitu Tongod, Kinabatangan, Kunak , Kalabakan,

Keningau, Kota Belud dan Ranau.

Tambahnya tiada kes dilaporkan di Beluran, Tambunan dan Tenom.

“Terdapat satu kluster baharu pada hari ini iaitu kluster Kampung Lobou di sini yang mencatatkan tujuh kes baharu menjumlahkan 15 kes keseluruhan. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *