Penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.
Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan di Twitter, fenomena itu berlaku disebabkan pengaruh daya tarikan graviti bulan dan matahari.
Sementara itu, PHN dalam laman Facebooknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat.
“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar peka dan berwaspada berdepan fenomena ini,” menurutnya.
“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk (maklumat) keselamatan kawasan pesisir pantai.”
Orang ramai boleh melayari https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/ untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi ramalan pasang surut tersebut.

More Stories
Madius sifatkan permohonan penangguhan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai “ketidakhikhlasan” yang nyata
Teruskan rayuan 40% hanya panjangkan ketidaktentuan, hakis kepercayaan rakyat Sabah – Madius
Madius dilantik pimpin POIC Sabah, Roger Chin pengerusi baharu Invest Sabah Berhad