Seorang bekas timbalan menteri pendidikan meminta kerajaan menjelaskan apa yang berlaku kepada tablet untuk pelajar miskin, setelah dua bulan permohonan untuk peranti itu ditutup.
“Kami mahu tahu berapa ramai pelajar yang memohon. Berapa orang yang layak (dapat tablet), dan bila mereka akan terima tablet yang dijanjikan?” soal Teo Nie Ching.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata, permohonan untuk peranti bawah program Peranti Siswa itu ditutup pada 15 Mei tetapi pelajar masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai status permohonan mereka.
Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berkata, ia hanya akan mula mengedarkan tablet pada Julai selepas kerajaan menender semula kontrak pembekalannya.
Teo menggesa KKMM agar meyakinkan pelajar yang tidak tahu menahu mengenai status permohonan mereka.
Inisiatif Peranti Siswa bawah Bajet 2022 bertujuan menyediakan tablet untuk penuntut universiti daripada keluarga berpendapatan rendah.

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ