Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_2.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349
February 26, 2024

Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_2.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349

AirAsia antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat

KUALA LUMPUR: AirlineRatings.com mengumumkan AirAsia Aviation Group, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat di dunia bagi 2024.

Dalam kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam, berkata keselamatan adalah keutamaan setiap jenama dan reputasi syarikat penerbangan itu.

Beliau berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana sekali lagi diiktiraf sebagai antara syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi integriti operasi.

“Kami terus melabur untuk memastikan sistem pengurusan keselamatan menjadi keutamaan termasuk pensijilan Audit Keselamatan Operasi Antarabangsa (IOSA) oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bagi seluruh kumpulan syarikat penerbangan ini, sebagai penanda aras global untuk mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi pada setiap masa,” katanya.

AirlineRatings.com, satu-satunya agensi penarafan produk dan keselamatan syarikat penerbangan di dunia, mengumumkan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat bagi 2024 berdasarkan 385 syarikat penerbangan yang dipantau.

Antara faktor menentukan 20 syarikat penerbangan tambang rendah paling selamat termasuk rekod insiden, usia pesawat, hasil audit dijalankan badan pentadbir penerbangan iaitu Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), serta senarai larangan Kesatuan Eropah.

Ketua Pengarang AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas, berkata AirAsia Aviation Group termasuk AirAsia X dan Thai AirAsia X mempunyai rekod keselamatan cemerlang dan terus melepasi semua audit keselamatan utama selama bertahun-tahun.

Katanya, dedikasi dan tumpuan syarikat mereka terhadap aspek keselamatan sememangnya harus dipuji.