[ad_1]
Aiskrim tersebut yang dikenali sebagai Sweedties merupakan inovasi Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Sweedties berkata rumpai laut merupakan hasil pertanian yang berpotensi besar dan mampu memberi pulangan lumayan dimana ia juga boleh digunakan untuk membuat beg plastik biodegradable yang mesra alam.
Salahuddin berkata dua lokasi yang telah dikenalpasti akan dibangunkan sebagai hab rumpai laut negara iaitu Semporna dan Sandakan di Sabah.
Mengenai aiskrim rumpai laut, beliau berkata, bagi menggalakkan usahawan tempatan menceburi industri pemprosesan makanan program Padanan Perniagaan dan Kursus Pembuatan Aiskrim diperkenalkan.
“Setakat ini 15 usahawan rumpai laut sudah mendaftar dalam program itu dan jumlahnya dijangka mencecah 50 orang menjelang penghujung tahun ini,”katanya.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu