AJAL KETIKA MAIN BADMINTON

KOTA KINABALU: Seorang lelaki meninggal dunia ketika sedang bermain badminton di Dewan Foo Chow, Damai, di sini, malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika apabila mangsa dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika sedang bermain dengan beberapa rakannya.

Mangsa kemudian diperiksa oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama selepas itu sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH2), di sini, menggunakan ambulans.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.