Sekolah Jenis Kebangsaan Contoh Terbaik Pamer Semangat Patriotik

ALBUM KENANGAN… James, Soon bersama para pemenang pertandingan kecantikan Dan pertandingan melukis/ Mewarna bersama guru2 dan ahli PIBG

Oleh  Aissac Bjsim

KOTA MARUDU: Sekolah Rendah  Jenis  Cina Khoi Ming pamer kesungguhan meraihkan hari merdeka

Penyertaan seramai  650 orang pelajar  Sekolah SJKC Khoi Ming  telah menyemarakkan sambutan hari Kebangsaan  tahun ini yang berjaya mempamerkan kepelbagaian budaya dan fahaman  dan patut dipuji. Penyertaan  para pelajar, guru dan AJk PIBG serta alumni sekolah itu untuk menjayakan program  Sambutan hari Kebangsaan dan program majlis penutupan sambutan Hari Malaysia bagi tahun ini sungguh menakjubkan.

Pengerusi Lembaga Sekolah SJKC Khoi Ming James Voon berkata,  kepelbagaian kaum dan agama di sekolah ini membuat sambutan lebih meriah.

“Saya percaya  kepelbagaian kaum  dan agama  yang ada di sekolah ini telah membuat aktiviti  seumpama ini lebih meriah,  malah melalui program  tersebut  diharap  akan menyemai  nilai-nilai murni dan intergriti   khasnya  generasi baharu   Malaysia  progresif dan maju” Katanya.

Persembahan lagu-lagu patriotisme oleh pelajar Tahun 6

Beliau yang juga  seorang  aktivis masyarakat melalui sebuah badan  NGO  berkata,  melalui penyertaan  anak-anak dalam setiap aktiviti  dalam menghayati erti  kemerdekaan,  adalah diharapkan agar   pelajar akan  terus menerapkan dan mempraktikan semangat merdeka melalui program penganjuran disekolah tersebut.

“Walaupun sekolah ini adalah sebuah sekolah jenis kebangsaan  (SJKC)  tetapi  ia telah menjadi  pilihan kerana  lebih 70 peratus  daripada pelajarnya  adalah  bumiputera   dan  ia boleh menjadi contoh  terbaik  bagi  perpaduan kaum  di Malaysia, seiring tema “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih” katanya.

Sebahagian 650 orang pelajar dengan pakaian kostum beraneka yang mengambil bahagian dalam majlis tersebut

Sebelum itu Guru Besar SJKC Sooi Hai Soon  berkata  pada majlis tersebut pelbagai perisian termasuk  pertandingan penilaian  bilik darjah oleh para pelajar, jualan makanan tradisional,  mewarna dan poster  pertandingan kelas tercantik,serta persembahan pentas serta persembahan lagu koir patrotik  oleh para pelajar sekolah tersebut serta  perarakan mengelilingi sekolah didahului PIBG, Ahli Lembaga Sekolah, Alumni dan pelajar dengan membawa bendera jalur gemilang serta para pelajar  yang memakai pelbagai jenis  pakaian kebudayaan tempatan    sambil menyanyikan lagu lagu patroitik.