[ad_1]
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata pihaknya telah mengadakan sesi perbincangan (townhall) dengan beberapa agensi kerajaan pada 19 Feb lepas bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.
“Insya-Allah, penggubalan (Akta Kredit Pengguna) akan dilaksanakan tahun ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan ini sedang diuruskan,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memastikan sistem pinjaman wang berlesen di bawah KPKT adalah patuh syariah.
Zuraida berkata semua syarikat peminjam wang berlesen atau kredit komuniti yang berdaftar dengan KPKT ketika ini boleh merujuk kepada syarikat panel syariah bagi mendapatkan lesen patuh syariah.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu