KOTA KINABALU, 18 Julai: Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bermula esok.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kebenaran itu termasuk aktiviti sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, bola keranjang, bola jaring dan skuasy.
“Selain itu turut dibenarkan aktiviti sukan combat seperti karate, pencak silat, teakwando, wushu dan judo. Penganjuran kejohanan/pertandingan tempatan tanpa penonton dan tidak melibatkan ‘mass gathering’ untuk sukan yang tiada bersentuhan fizikal seperti sukan pemotoran dan sukan individu,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Shafie berkata kebenaran itu termasuk penganjuran kejohanan/ pertandingan tempatan tanpa penonton untuk sukan bersentuhan fizikal seperti kejohanan bola sepak, liga ragbi, liga hoki, liga sepak takraw, kejohanan karate, taekwondo dan pencak silat.
Katanya kebenaran adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Belia dan Sukan
“Pihak penganjur adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur dan arahan yang ditetapkan sepanjang masa,” katanya.-http://beritasabah.com
More Stories
24 buah sekolah di Sabah terjejas banjir
Subsidi tiket penerbangan ‘Graduan Rindu Sabah’ dibayar sebelum Aidilfitri
Alhusin Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah