KOTA KINABALU: Kesihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Maximus Ongkili dikatakan bertambah baik malah ahli parlimen Kota Marudu itu sempat berkongsi gambar bersama anak sulungnya di Facebook beliau.
Maximus sebelum ini telah dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 10 Julai lalu dan beliau juga tidak hadir pada persidangan Dewan Rakyat, baru-baru ini.
”Syukur, puji Tuhan, berkat rehat yang cukup, kesihatan saya beransur pulih. Hari ini, saya belanja wefie dulu bersama anak sulung saya, Rachel.
”Anak-anak saya berkeras untuk saya diwadkan dihospital kerana mereka mahukan saya mendapat rawatan terbaik, kerana bapa mereka hanya satu.
”Terima kasih saya ucapkan kepada pihak hospital, terutama sekali para doktor dan jururawat yang memberikan layanan terbaik.
”Bila buka FB, saya terharu membaca ucapan dan doa yang mencurah-curah dari anda semua. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kita semua. Amen,” katanya dalam hantaran di Facebook itu.-http://beritasabah.com

More Stories
Malaysia satu-satunya negara Asean tak catu bekalan bahan api
Senarai nama calon KP SPRM telah dipersembah kepada Agong
UMS Pacu Kampus Lestari Melalui Program Tanam Pokok @ FKJ