[ad_1]
Sultan Abdullah bertitah, keadaan itu cukup mendukacitakan baginda dan berharap semua pihak dapat mengawasi bukan sahaja kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa untuk mengelakkan perkara sedemikian daripada berlaku.
“Mungkin tekanan atau stres telah mengakibatkan kejadian seperti ini berlaku, saya tidak ingin melanjutkan tentang perkara ini kerana ia telah menjadi kes polis.
“Saya harap anda semua bekerjasama dan sepakat untuk memperkemaskan lagi jati diri…sepakat dan muafakat adalah suatu yg perlu digalakkan bagi bersama banteras gejala tidak sihat daripada berlaku agar penduduk dapat hidup dengan aman serta tenteram,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Bersama Penduduk Tanah Kesultanan Daerah Pekan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Sebelum ini media melaporkan tentang kes pembunuhan kanak-kanak warga Kemboja Siti Masitah Ibrahim, 11, yang mayatnya ditemukan dalam keadaan tragis di dalam semak berhampiran Kampung Tanjung Medang Hilir, di sini pada 9 Feb lepas.
Mayat ditemui selepas 11 hari dilaporkan hilang oleh keluarga dan berikutan itu polis telah menahan seorang penganggur warga Kemboja, 23, yang dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan itu dan telahpun didakwa di Mahkamah Majistret Rompin hari ini.
Sementara itu, semalam satu lagi jenayah dilaporkan berlaku melibatkan mangsa Muhammad Hafiz Abdullah, lima tahun, yang meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan, Rabu lepas dipercayai akibat didera oleh bapa tiri dan ibunya.
Bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan berganda di kepala dan keadaan limpa yang pecah, selain mempunyai kesan lebam baru di dada, kesan cucuh api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baru di bahagian kening kanan.
Berikutan itu, polis kini menahan ibu dan bapa tiri mangsa sehingga 27 Feb ini.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17