[ad_1]
Comerich adalah syarikat milih penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang terlibat dalam perniagaan memasarkan ayam diproses dan telah mendapat sijil halal sejak 2014.
Pengerusi SD Impex Datuk Dr Ir Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, dengan penglibatan SD Impex sebagai pelabur utama dalam Comerich, beliau berharap syarikat berkenaan akan lebih berdaya saing diperingkat lebih tinggi.
“Kerjasama yang julung kali dilakukan ini diharap akan meningkatkan semangat baru kepada penternak di bawah program keusahawan SEDC dan juga penternak bumiputera yang ingin bersama dalam memajukan industri bekalan ayam.
“Syarikat SD Impex akan membuka peluang usahawan dalam mewujudkan hubungan ekonomi bagi pembangunan perniagaan industri halal serta membina rangkaian dua hala melalui latihan pembangunan usahawan.
“Ia turut membuka peluang perniagaan kepada penternak bumiputera bagi memenuhi peraturan Syariah di Sarawak,” katanya semasa berucap pada majlis permeteraian usaha sama itu antara SD Impex dan SEDC di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi SEDC, Tan Sri Abdul Aziz Hussain berkata keputusan untuk menjual saham Comerich itu adalah sejajar dengan strategi baharu SEDC untuk memberi fokus kepada projek perintis industri ternakan.
“SEDC sebagai agensi kerajaan akan terus berperanan untuk meningkatkan sosio ekonomi dalam membangunkan dan mempertingkatkan kemampuan para penternak bumiputera dengan memberi bantuan dari segi dana, latihan serta pemasaran produk.
“Comerich boleh menjadi penggerak utama dalam memastikan rangkaian yang sudah wujud akan terus berkembang dan mencapai matlamatnya dalam menguasai industri halal,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak