ALUMNI KTYS ANJUR KEMPEN DERMA DARAH

PRIHATIN..Sebahagian penderma darah yang prihatin untuk membantu mengisi Tabung Darah QEH 2.

KOTA KINABALU: Persatuan Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) mengisi aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan mengadakan Kempen Derma Darah di pusat membeli belah di 1Borneo di sini pada Sabtu lepas.

Penganjuran program dengan kerjasama Jabatan Transfusi Hospital Queen Elizabeth II (QEH2) itu mendapat sambutan menggalakkan dengan 50 orang ramai daripada pelbagai kaum dan anutan agama tampil menderma darah.

Mereka yang menderma darah termasuklah alumni dan pelajar KTYS, dan pekerja di dalam pusat membeli belah.

Presiden Persatuan Alumni KTYS Mohd Pkhruddin Bian berkata program ini merupakan aktiviti tahunan persatuan kali ke-4 yang bermatlamat untuk membantu mengurangkan kekurangan bekalan darah di Tabung Bekalan Darah QEH2 sekali gus membantu mereka yang memerlukan bekalan darah pada saat-saat kecemasan.

BERBUAL…Mohd Pkhruddin berbual dengan seorang penderma darah

Selain itu, katanya, program ini untuk mempromosikan  dan meningkatkan ahli dalam persatuan Alumni KTYS dan KTYS dengan pihak pemasaran KTYS mengedarkan risalah serta memberi penerangan tentang kemasukan ke KTYS.

Sementara itu, Pegawai Perubatan Jabatan Transfusi QEH 2 Dr Nurul Izainie Omar berkata bilangan penderma darah mendafar seramai 50 orang namun 14 orang tidak melepasi selepas ujian saringan darah.

Katanya bilangan penderma darah berjaya seramai 37 orang iaitu melebihi sasaran dari jangkaan bilangan penderma pada hari itu hanya seramai 30 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *