Oleh; Jason
KOTA KINABALU, 6 Jun — Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sentiasa mengamalkan demokrasi dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi.
Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, untuk itu semua ahli parti berhak menawarkan diri sebagai pemimpin parti.“
Kita mengalu-alukan semua ahli tampil ke hadapan menawarkan diri untuk bertanding bagi mengambil dan memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dalam parti ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Perasmian Mesyuarat Agung Tri Tahunan bahagian Pensiangan baru-baru ini.
Tambahnya lagi, penglibatan ahli-ahli parti dalam menawarkan diri sebagai calon pemimpin menunjukkan bahawa UPKO masih kekal releven untuk dipertandingkan.
“Saya juga mendengar bahawa di peringkat pusat dan peringkat bahagian banyak yang tampil untuk bertanding, berita ini sangat menggembirakan kerana kita tahu bahwa UPKO masih relevan untuk bertanding,” katanya lagi.
Susulan daripada tempoh perkhidmatan jawatankuasa UPKO yang tamat pada tahun ini, jawatan yang akan dipertandingkan dalam pemilihan semula jawatankuasa bermula dari peringkat Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi cawangan dan semua bahagian sehingga peringkat paling tinggi iaitu Pengerusi Tetap.
Dalam pada itu, Madius menegaskan agar setiap ahli bersiap sedia kerana timbul spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius