Oleh; Jason
KOTA KINABALU, 6 Jan — Rang Undang-undang (RUU) Akta Anti Lompat Parti mampu mewujudkan kestablilan politik di Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Menurutnya, undang-undang tersebut membolehkan setiap anggota parti untuk menumpukan kepada perjuangan dalam parti yang betul-betul disokong.
“Sebelum ini ada individu yang menyokong banyak parti, tidak tetap dengan pendirian.“
Kerana dengan adanya undang-undang ini maka individu yang berminat untuk terlibat dalam politik boleh memilih parti politik disukai sekaligus mampu memahami perjuangan dan matlamat sebenar sesebuah parti yang dipilih.
“Bukan itu sahaja, perkara ini juga akan membuat rakyat berfikir mana sebenarnya parti politik yang harus dianggotai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Perasmian Mesyuarat Agung Tri Tahunan Bahagian Pensiangan baru-baru ini.
Dalam majlis sama, Madius turut menjelaskan matlamat utamanya dalam Pilihan Raya Umum 15 (PRU-15) adalah menjadi individu yang boleh menyampaikan dan melaksanakan kehendak rakyat.
“Jadi untuk mencapai matlamat ini, semua barisan pemimpin UPKO harus bekerjasama, sepakat, sentiasa berbincang, bersatu padu dan tidak memburuk-burukkan antara satu sama lain.
“Kita perlu setia dalam perjuangan parti yang kita sokong sekarang, itu yang kita mahu utamakan.
“Sebab rakyat yang progresif ini kalau tidak ada yang mahu wakil rakyat, tiada jurucakap di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri maka perjuangan kita akan bertambah mencabar,” jelasnya.
Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya pemimpin bersatu padu dan bekerjasama maka segala urusan pasti dapat dilaksankan dengan mudah.
Madius turut mengajak semua rakyat untuk memberi sokongan antara satu sama lain dengan bersuara mengenai isu-isu yang dihadapi.

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius