KUALA LUMPUR, 23 Feb — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga Sabtu ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
“Kawasan terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang,” menurut kenyataan itu.
Sementara di Johor kawasan terlibat ialah daerah Segamat, Kluang dan Mersing.
— BERNAMA
More Stories
Pembinaan semula jambatan Pekan Tuaran – Sg Damit disenaraikan dalam RP5 RMKe-12 dengan kos RM30 juta: Kementerian Ekonomi
‘DUN Sabah bubar Ogos 2025’
Jelajah UPKO Gelombang Pantai Timur Cawangan Baharu Kg Sg Beruang Libaran dibentuk, perjuangkan hak rakyat di akar umbi