Anwar minta laporan projek masalah air di UMS

Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta satu laporan terperinci disediakan berhubung kemajuan projek penyelesaian masalah gangguan bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Ia susulan masalah bekalan air dihadapi mahasiswa di universiti berkenaan yang hanya diketahuinya melalui media sosial.
Ini kerana menurut Anwar, peruntukan RM3 juta telah diluluskan sewaktu kunjungan beliau ke negeri itu tahun lalu.
“Apa berlaku sejak kelulusan saya tindakan diambil oleh kementerian dan universiti untuk melaksanakannya?.
“Untuk sebahagian orang mungkin perkara kecil tapi kalau mahasiswa menghadapi masalah bekalan air tu lepas tu meresahkan kita,” katanya lagi.
Anwar berkata beliau mengetahui isu dihadapi mahasiswa menerusi aduan di laman media sosial, susulan mereka tidak boleh menjalankan kehidupan harian dengan sempurna susulan masalah air.
Namun Perdana Menteri menekankan bahawa isu ini membuktikan wujudnya ketidakseimbangan yang nyata di antara pihak bertangunggjawab dan akar umbi.
“Apa yang saya bimbang di antara perancang, pengurus besar dan pelaksaanaan dibawah wujud kesenjangan yang nyata.
“Tanggungjawab kita bagi pastikan bahawa pembangunan itu bererti buat mereka, seperti apa yang saya katakan itu adalah merdeka (kebebasan) buat rakyat,” tambahnya lagi.
Anwar berkata demikian ketika ucapannya di perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan (MoF), Putrajaya.