Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_2.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349
February 26, 2024

Warning: mysqli_query(): (HY000/1021): Disk full (/tmp/#sql_267f_2.MAI); waiting for someone to free some space... (errno: 28 "No space left on device") in /home/beritasabah/public_html/wp-includes/class-wpdb.php on line 2349

Kerajaan tak dimaklumkan tentang bon USD3.5 bilion diterbit 1MDB, mahkamah diberitahu

KUALA LUMPUR: Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyiasat penglibatan bekas perdana menteri Najib Razak dalam skandal 1MDB beritahu Mahkamah Tinggi bahawa kerajaan tidak pernah diberitahu tentang bon USD3.5 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB.

Dana yang diurus oleh Goldman Sachs menerusi penerbitan bon itu bagi membolehkan 1MDB peroleh saham dalam dua penjana bebas (independent power producer atau IPP) iaitu Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd.

Aabar Investment PJS membantu 1MDB Energy dan 1MDB Energy (Langat) untuk mendapatkan jaminan daripada International Petroleum Investment Co (IPIC), manakala Goldman Sachs membantu 1MDB mengutip bon itu.

Penyiasat SPRM, Nur Aida Arifin, berkata Najib tidak maklumkan kepada Jemaah Menteri tentang urusan itu.

“Para pengarah 1MDB hanya perlu tandatangan usul edaran (circular resolution) untuk meluluskan pembelian saham di IPP berkenaan, selepas pemilik saham (Najib) bersetuju dan menandatangani usulnya.

“Ini menunjukkan bahawa suatu keputusan telah dibuat dan lembaga pengarah hanya perlu mematuhinya, selaras pendekatan atas-bawah yang diamalkan di 1MDB,” katanya.

Beliau menambah urusan itu juga dibuat dengan cepat.

Najib berdepan 25 tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang RM2.28 bilion yang dikaitkan dengan dana 1MDB, yang dimasukkan ke akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Terdahulu, mahkamah membenarkan beberapa perkara dalam kenyataan saksi oleh Aida dipadam.

Ini selepas peguam Najib, Shafee Abdullah, memberitahu mahkamah bahawa dia memberikan pandangan tersendiri tentang mesyuarat yang dihadiri Najib dan keluarganya, di atas kapal layar RM Elegance pada 2009.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah akan bersambung pada 24 J