Bot nelayan Vietnam bersama peralatan yang ditahan APMM Sandakan pada Khamis
Oleh Kahar Ali
SANDAKAN: Sebuah bot nelayan Vietnam bersama tekong serta lima awak-awak ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana menceroboh perairan negara kira-kira 23.4 batu nautika timur laut dari Pulau Jambongan, dekat sini pada Khamis.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Zon Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata bot nelayan asing tersebut ditahan sebuah bot ronda APMM selepas berlaku kejar mengejar selama 45 minit dalam keadaan angin kencang dan laut bergelora jam 5.22 petang.
Enam lelaki berumur antara 14 hingga 46 tahun yang didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah ditahan dan sebanyak 600 kilogram hasil gamat dirampas, kata Khairulanuar.
Khairulanuar memberitahu bahawa turut ditemui peralatan besi yang digunakan menangguk balat yang diharamkan penggunaannya di negara ini kerana merosakkan ekosistem dan hidupan marin.
“Semua saspek serta bot, balat dan peralatan yang dianggarkan bernilai RM650,000 kemudian dibawa ke jeti APMM Sandakan untuk siasatan lanjut dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

More Stories
Pelajar asrama Kolej Vokasional Lahad Datu meninggal dunia kena ‘kuruyuk’
Cubaan seludup minyak masak, seorang lelaki ditahan di Lahad Datu
Baru dia tau! Kes pecah masuk stesen minyak dan kedai elektrik, saturang buruh kasar ditahan di KK