Aset rizab rasmi BNM berjumlah AS$102.126 bilion pada akhir Jan 2019

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Aset rizab rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.126 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$952.9 juta pada akhir Januari 2019. (US$1=RM4.07)

Dalam kenyataan di sini, bank pusat itu berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$4,294.1 juta, daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang.

Aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing termasuk antaranya, pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan pembayaran balik perolehan, menurut BNM dalam “Pemakluman Terperinci Rizab Antarabangsa pada Akhir Januari 2019” yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, kedudukan hadapan pendek berjumlah US$20,156.1 juta manakala kedudukan hadapan panjang berjumlah US$900.0 juta pada akhir Januari 2019, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

“Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah US$2,508.7 juta untuk tempoh 12 bulan akan datang,” katanya.
…..



[ad_2]