Banyak orang kena tirik, pesanan ringkas Varian India di Telipok tu palsu

Pesanan ringkas berkenaan dakwaan wujudnya varian membimbangkan (VOC) India B.1.617.2 yang sudah dikesan di Telipok adalah palsu.

Perkara ini disahkan Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi semasa dihubungi berkenaan kebimbangan rakyat tempatan terhadap virus terbabit.

“Berita palsu,” demikian jawapan ringkas yang diberikan oleh Christina mengenai mesej yang tular sejak 5 Jun lalu.

Menurut pesanan yang ditularkan itu, varian COVID-19 India sudah dikesan di Taman Wangsa Telipok.

Mesej tersebut mendakwa Taman Wangsa dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disebabkan daripada 12 individu yang diuji, sembilan daripada mereka adalah positif COVID-19.

Terdahulu Taman Wangsa adalah antara beberapa kawasan yang dikenakan PKPD bermula 6 sehingga 19 Jun depan.

Kawasan lain yang turut dikenakan perintah sama adalah Kampung Gusi Kinarut, Kampung Tengah Kinarut dan Kampung Benoni di Papar serta Lorong Ulu Sibuga 5 & 9 dan Taman Mawar Fasa 7 di Sandakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *