Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM320,270,519.24 kepada Singapura kerana membatalkan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), kata kerajaan kedua-dua negara dalam kenyataan.
“Jumlah ini penyelesaian penuh dan akhir berhubung pembatalan perjanjian dua hala itu,” kata Kementerian Pengangkutan Singapura dan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
Katanya, Malaysia membayar balik kos yang ditanggung Singapura bagi pembangunan projek HSR, dan berhubung lanjutan penggantungan projek itu.
“Kedua-dua mencapai suatu persetujuan secara persahabatan mengenai jumlah bayaran itu susulan proses penentusahan oleh kerajaan Malaysia.”

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu