[ad_1]
KLUANG, 17 April (Bernama) — Bersempena perlumbaan basikal Tour de Iskandar Johor 2019 (TDIJ) yang akan melalui daerah Kluang pada hari ketiga kejohanan Jumaat ini, beberapa jalan utama di daerah ini akan ditutup.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata perlumbaan pada peringkat ketiga itu akan bermula di Dataran Tasik, Kluang pada pukul 3 petang dan akan berakhir di hadapan Kompleks Warisan, Johor Bahru.
Katanya, perlumbaan itu akan melalui 71 lokasi dan persimpangan jalan, di mana susur atau penutupan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan bagi memberikan laluan kepada kejohanan yang membabitkan 110.6 kilometer bagi peringkat ketiga ini.
“Laluan ini akan ditutup bermula pada pukul 2.30 sehingga 4.30 petang, dan di daerah Kluang ini ia membabitkan 44.4 kilometer sehingga ke sempadan daerah Kulai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Mohd Abduh lagi, lokasi dan laluan yang terlibat ialah di Jalan Mengkibol (hadapan Dataran Tasik Kluang) serta Jalan Hashim menuju ke Jalan Batu Pahat – Mersing (KM52 hingga KM53).
Katanya, pelumba kemudiannya akan melalui Jalan Besar, Bulatan (Jalan Batu Pahat) menuju Bulatan (Jalan Yap Tau Sah), kemudiannya ke Jalan Kluang ke Jalan Teck Wah Heng (sehingga KM20-Simpang Tiga Renggam).
“Daripada Jalan Renggam ini, pelumba akan meneruskan perjalanan ke simpang tiga Simpang Renggam (persimpangan lampu isyarat Balai Polis Simpang Renggam) dan kemudiannya menuju ke Jalan Johor.
“Pelumba kemudiannya akan meneruskan perjalanan sehingga KM59 Jalan Johor dan terus memasuki ke daerah Kulai seterusnya menamatkan perlumbaan di daerah Johor Bahru,” kata beliau.
Pihak IPD Kluang juga berharap pengguna jalan raya dapat mematuhi arahan penutupan jalan ini dengan memberikan kerjasama yang sewajarnya, selain dapat merancang perjalanan masing-masing,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar