KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan semua Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di negeri ini supaya bekerja untuk rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, kepercayaan dan fahaman politik.
Beliau juga menasihatkan supaya semua PPM memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan menjalankan tugas dengan penuh etika serta sentiasa merujuk kepada pemimpin atasan.
“Sebagai mata dan telinga kepada rakyat, PPM perlu bekerja tanpa mengira kaum, kepercayaan dan juga fahaman politik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, Shafie menyaksikan majlis mengangkat sumpah tiga PPM dilantik iaitu Ahmad Abidin bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung; Nixboy Piunin (DUN Melalap); dan Johney Joanis (DUN Tambunan).
Majlis itu diadakan secara ringkas di pejabat ketua menteri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.-http://beritasabah.com

More Stories
Anwar pertimbang PRU menjelang Oktober ketika isu subsidi bahan api memuncak
Saya tidak setuju dengan Harris Salleh – Ewon
Jangan Kelirukan Rakyat Tentang Tuntutan Hak 40 Peratus – Madius