[ad_1]
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menasihatkan beliau supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
“Saya telah berjumpa perdana menteri pagi ini dan beliau telah menasihatkan saya untuk tidak mengeluarkan sebarang pengumuman (berhubung ECRL) buat masa ini. Jadi, sila tunggu kenyataan itu, ” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan inisiatif Bank Negara Malaysia, Dana untuk rumah mampu milik dan Portal Rumahku, di sini hari ini.
Ahad lepas Lim berkata kenyataan rasmi mengenai status projek ECRL akan dikeluarkan minggu ini iaitu sehari selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengumumkan kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek bernilai RM81 bilion itu.
Lim berkata memandangkan ECRL melibatkan dana yang besar, pengumuman wajar dibuat menerusi kenyataan bertulis.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
KUSKOP salur RM346.28 juta pembiayaan PMKS dan koperasi di Negeri Sembilan pada tahun 2024
Maritim Malaysia tahan dua bot tunda nelayan lakukan aktiviti tarik pukat tunda
Agensi di bawah KUSKOP bantu usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak