IKEA Supply buka pusat pengedaran RM900 juta di Pulau Indah

[ad_1]

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim (tiga, kiri) dan Pengerusi Lembaga IKEA Supply (M) Sdn Bhd Michael Nielsen (tiga, kanan) serta Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd Datuk Mahmud Abbas (dua, kiri) ketika melakukan gimik pecah tanah IKEA Supply (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian Pulau Indah (Fasa 3), Pelabuhan Indah, hari ini. Foto: MOHD ASRI SAIFUDDIN MAMAT

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — IKEA Supply (Malaysia) akan membuka sebuah Pusat Pengedaran (DC) IKEA dengan nilai pelaburan sebanyak RM900 juta di Pulau Indah, Selangor.

Pembinaan DC serantau terbesar di Asia Pasifik itu telah bermula dan dijangka dibuka pada September 2020 bagi tujuan pengedaran ke pasaran Asia Tenggara dan India, kata IKEA dalam satu kenyataan hari ini.

“Pusat baharu itu akan membantu dari segi jangkauan kepada lebih ramai pelanggan di Asia Tenggara dan India. Ia turut memudahkan serta melancarkan penawaran bekalan kelengkapan rumah yang diminati para pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan IKEA Supply Malaysia Lee Bee Chin pada majlis pecah tanah DC itu di sini, hari ini.

Kemudahan berkeluasan 95,000 meter persegi itu akan memiliki kapasiti ruang simpanan kira-kira 192,800 meter padu.

Selangor merupakan lokasi terbaik bagi DC tersebut bukan saja kerana berhampiran gedung lain di rantau Asia Tenggara, namun turut disumbang oleh infrastrukturnya yang maju serta penawaran tenaga buruh.

IKEA Supply ditubuhkan pada Mei 2017 sebagai pihak yang bertanggunjawab terhadap pembangunan dan operasi DC pada masa depan.

— BERNAMA



[ad_2]