[ad_1]
Pengarahnya Mohd Zaidi Ramli berkata bagaimanapun hanya satu daripada premis makanan itu yang terletak di Seremban telah memiliki sijil halal.
“Manakala sebuah premis lagi setakat ini masih dalam proses permohonan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Cakna Halal di sini, hari ini yang turut dihadiri Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Dalam pada itu, beliau menyarankan mana-mana premis makanan yang belum memiliki pensijilan halal perlu mengemukakan permohonan bagi mengelakkan keraguan masyarakat.
“Bagi premis makanan Melayu di negeri ini, tiada satu pun yang mempunyai sijil halal. Jadi kita minta untuk mereka ini memohon persijilan halal,” katanya.
Katanya, lima aduan diterima JHEAINS bagi tempoh tiga bulan tahun ini, berkaitan keraguan pengguna mengenai sijil halal yang dipamerkan premis tertentu.
“Pemantauan bersama agensi kerajaan yang lain akan dilakukan dari semasa ke semasa, untuk memastikan premis-premis makanan di negeri ini mempunyai sijil halal,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu