BERNAMA.com – 15 kes Macau Scam dicatatkan setakat Februari

[ad_1]

KUCHING, 27 Feb (Bernama) — Sebanyak 15 kes Macau Scam yang melibatkan jumlah kerugian melebihi RM140,000 dicatatkan sepanjang tempoh Januari sehingga hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, setakat ini, 15 tangkapan telah dibuat dan polis akan terus membuat risikan bagi membanteras dan menggempur sindiket Macau Scam tersebut.

“Bagi tempoh Dis 2018 sehingga Januari pula, sebanyak 209 kes telah dicatatkan membabitkan kerugian lebih RM10.3 juta dan sebanyak 49 tangkapan telah dibuat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mustafa berkata, kes terbaharu yang melibatkan seorang pegawai kastam dilaporkan berlaku di daerah Sarikei, bagaimanapun tiada kerugian dicatatkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tipu muslihat sindiket yang menyamar sebagai pegawai atau anggota polis dan lain-lain yang mengatakan anda terlibat dengan saman tertunggak, kes langgar lari, kes hutang GST, kes jenayah dan sebagainya.

— BERNAMA



[ad_2]