[ad_1]
PASIR MAS, 2 Mac (Bernama) — Kerajaan negeri Kelantan akan mengadakan perjanjian membeli air dari Terengganu jika bekalan air berkurangan, akibat cuaca panas ketika ini, kata Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob.
Katanya, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
“Kita mempunyai sahabat di Terengganu dan saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Terengganu. Mungkin ada satu persefahaman untuk kita beli air dari Terengganu sekiranya keadaan memaksa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Masjid Haji Ibrahim, Kampung Jalah, Bunut Susu di sini, hari ini.
Dalam pada itu Ahmad berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan perbincangan mengenai tindakan yang perlu dilakukan berkaitan keadaan cuaca semasa yang mungkin memberi kesan terhadap bekalan air di negeri ini.
…..
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar