[ad_1]
“Sultan tidak mempengaruhinya dan saya mengandaikan PH Johor (yang telah membuat keputusan), ” kata Perdana Menteri ketika ditemui wartawan selepas beliau merasmikan Persidangan Kebangsaan Orang Asli di sini.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH, berkata barisan exco baharu itu sepatutnya diputuskan oleh PH Johor.
Sultan Ibrahim hari ini membuat hantaran dalam laman Facebook baginda mengenai 10 anggota exco kerajaan negeri Johor termasuk tiga muka baharu, yang telah mengangkat sumpah di hadapan baginda.
Dr Mahathir turut ditanya mengenai cadangan seorang pemimpin DAP supaya kursus matrikulasi dibuka kepada semua kaum dan sistem peruntukan kuota 90 peratus kepada bumiputera dan 10 peratus kepada bukan bumiputera dihapuskan.
Kata beliau: “Kita akan kaji masalah itu. “
Pengarah Hal Ehwal Universiti Pemuda DAP Leong Yu Shen dilaporkan telah mencadangkan agar kerajaan menamatkan amalan semasa yang memberi keutamaan kepada pelajar bumiputera bagi program matrikulasi pra-universiti, dengan mengatakan perkara itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin tiada diskriminasi terhadap warganegara.
— BERNAMA
[ad_2]

More Stories
Baca@Borneo Gerakkan Budaya Ilmu, Perpustakaan Jadi Pemangkin Inovasi dan Komuniti
Hormati Hari Ibadah: Madius Seru SPR agar Penamaan Calon dan Hari Mengundi Selaras Prinsip Rukun Negara
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu