[ad_1]
Beliau berkata BNC juga kini giat mempelbagaikan program dan laporan untuk dimanfaatkan semua pihak selain dalam masa yang sama, membantu kerajaan menyampaikan maklumat dan menjadi platform maklum balas rakyat kepada kerajaan,
“Semakin banyak program, rancangan temu bual disediakan. Selain laporan biasa, BNC juga kini lebih fokus, tahu peluang pasaran, meliputi semua rakyat selain (memaparkan) isu berkaitan pasaran saham, perumahan, ekonomi, masyarakat Melayu dan lain-lain lagi.
“Malah, bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan, BNC juga kini sudah kembali kepada laporan dalam empat bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil) untuk dinikmati semua rakyat Malaysia, ” katanya kepada Bernama selepas majlis ulang tahun sambutan ke-11 BNC di perkarangan Wisma Bernama, Jalan Bernama di sini hari ini.
Bernama, sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 1967 telah mula beroperasi pada 26 Mei 1968 dengan pada awalnya hanya menyalurkan berita dalam bentuk teks dan telah melalui transformasi sehingga memiliki unit audio visual atau dikenali sebagai Bernama TV yang dibuka sejak September 1998.
Kemudian, saluran berita 24 jam, Bernama TV, dilancarkan melalui saluran 502 Astro, pada 28 Feb 2008, setahun selepas ia memiliki Radio24, stesen radio berkonsepkan berita yang pertama di Malaysia yang beroperasi secara 24 jam sehari.
Pada 25 Mei 2016, Bernama TV dijenamakan semula sebagai Bernama News Channel.
Jelas Zakaria, melihat kepada perubahan dan kecanggihan teknologi, BNC juga tidak ketinggalan dalam menggunakan pelbagai medium terkini termasuk platform media sosial seperti Twitter, YouTube dan Facebook yang boleh diakses menggunakan telefon pintar bagi memperluas liputan.
Tegasnya, kesemua ini disokong dengan tenaga, kepakaran dan kemahiran kakitangan BNC yang semakin terlatih dan berpengalaman untuk mendepani pelbagai cabaran dalam industri media.
Sementara itu Timbalan Ketua Pengarang (Audio Visual) Abdul Rahman Ahmad berkata walaupun sudah berusia 11 tahun, namun masih ada banyak lagi ruang boleh diperbaiki untuk tujuan penambahbaikan dan peningkatan mutu serta kualiti penyampaian kepada orang ramai.
“Kita tidak boleh perlahan, kena ada lebih banyak program, kena ada banyak penambahbaikan, pengubahsuaian kepada konsep atau set (studio). Kami berharap agar BNC akan terus menarik lebih ramai pelanggan dan orang ramai, ” tambahnya.
BNC kini menyaksikan audiens seramai 2.4 juta orang sebulan, berbanding 1.1 juta orang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Miliki petrol tanpa lesen,dua lelaki didenda RM10,000 dan RM6,000 seorang lagi dipenjara
Wisma Putra ambil maklum kehadiran kapal tentera laut asing di EEZ Malaysia
Tiga individu diserang memerang ketika berjoging