[ad_1]
Mujahid dalam kenyataan media hari ini berkata keputusan itu dicapai selepas beberapa perbincangan bersama Lembaga Pengarah TH.
“Keputusan Lembaga Pengarah TH ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019.
“Justeru, dengan pengumuman terbaharu ini, kos tanggungan TH untuk musim haji tahun ini ialah sekitar RM400 juta, ” katanya.
Mujahid berkata sebelum ini pelbagai dakwaan mengelirukan timbul terutama berhubung isu kos jemaah yang membuat rayuan haji meskipun pada masa itu perkara ini belum dimuktamadkan.
Pada 14 Feb lepas, Mujahid mengumumkan bayaran untuk menunaikan haji bagi jemaah haji muassasah yang menunaikan haji kali pertama kekal RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17
Kerajaan dan Rakyat Sabah Jadi Sebahagian Kejayaan RMK13
Mayat ditemui di puncak bukit dipercayai rakan mangsa yang hilang