[ad_1]
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata ketika ini tidak ada sebarang organisasi yang dibentuk bagi mewakili golongan antivaksin tersebut seperti di luar negara.
“Kita faham adanya golongan antivaksin dalam masyarakat. Kalau dibandingkan dengan negara-negara luar, golongan antivaksin ini lebih tersusun, tapi buat sementara waktu di negara kita tidak ada sebarang organisasi yang mewakili mereka,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Adham Baba (BN-Tenggara) yang ingin tahu peratusan golongan antivaksin yang telah dikaji kementerian di negara ini.
Menurut Dr Lee, kementerian menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat sahih kepada masyarakat mengenai pengambilan vaksin imunisasi.
Dalam pada itu, beliau berkata, laporan jawatankuasa kerja berhubung kebolehlaksanaan tindakan mewajibkan imunisasi bayi dan kanak-kanak di negara ini akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan dalam waktu terdekat.
Ketika ini katanya penelitian masih dijalankan untuk mengkaji pelaksanaan dan implikasi yang berkaitan.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar