BERNAMA.com – Jangan terikut spekulasi tukar mb johor

[ad_1]

MUAR, 8 April (Bernama) — Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta agar semua pihak tidak terikut-ikut dengan spekulasi berkaitan isu pertukaran Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Syed Saddiq yang juga Anggota Parlimen Muar berkata semua pihak perlu terlebih dahulu menunggu pengesahan sebelum membuat sebarang spekulasi.

“Jangan ikut spekulasi. Apa-apa yang akan berlaku, kita tunggu dahulu. Saya rasa ini bukan tempat untuk saya komen mengenai perkara ini.

“Saya rasa lebih baik bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mendapatkan maklumat,” katanya kepada pemberita setelah melepaskan peserta kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 peringkat Ketiga di Stadium Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Johor, Abdul Hakim Abdul Rahman mengesahkan Osman akan ke Kuala Lumpur hari ini, namun menolak khabar angin bahawa kedudukannya itu akan digantikan.

Abdul Hakim dilaporkan berkata, Osman dijadual menghadiri mesyuarat bersempena pemukiman pemimpin-pemimpin Singapura dan Malaysia yang ke-9, pada Selasa.

Dilaporkan kiriman WhatsApp yang tular menyatakan pada masa yang sama, Osman akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kedudukannya sebagai Menteri Besar Johor akan ditukarkan.
…..

[ad_2]