[ad_1]
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan membuat keputusan itu susulan kejayaan program perintis di lima lokaliti yang dijalankan sejak 2017, melibatkan hampir empat juta nyamuk berbakteria Wolbachia dilepaskan.
“Nyamuk berWolbachia adalah satu inovasi dalam menangani peningkatan kes denggi. Bakteria Wolbachia disuntik ke dalam telur nyamuk Aedes aegypti.
“Nyamuk berWolbachia ini akan merencatkan pertumbuhan virus denggi di dalam nyamuk dan seterusnya menghalang penyebaran virus denggi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi di bangunan Parlimen, hari ini.
Beliau berkata menerusi kaedah itu, jawatankuasa menyasarkan penurunan 60 hingga 70 peratus kes denggi di lokaliti pelepasan dan seterusnya dapat mengurangkan kadar kematian akibat denggi.
Dr Wan Azizah berkata mesyuarat jawatankuasa berkenaan juga bersetuju untuk mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan dalam meramal lokaliti wabak denggi berdasarkan analisis pemboleh ubah seperti kelajuan angin, taburan hujan dan lain-lain.
“Sudah tiba masanya untuk kita meramal (lokaliti wabak) bagi menghalang penularan dan bukan hanya sekadar bertindak balas untuk mengawal wabak,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah berkata Kementerian Kesihatan merekodkan 36,285 kes denggi dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mac lepas, berbanding 14,734 kes bagi tempoh sama pada 2018.
Bagi kematian akibat denggi pula, beliau berkata sebanyak 59 kematian dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 32 kes untuk tempoh sama pada 2018, iaitu peningkatan 84.4 peratus atau tambahan 27 kematian.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar