[ad_1]
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) — Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang bertindak selaku jawatankuasa eksekutif dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan mencadangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mewujudkan jawatankuasa eksekutif bagi membuat analisis terhadap isu-isu semasa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kementeriannya turut bercadang untuk mewujudkan kumpulan kerja yang akan dibentuk berdasarkan isu-isu semasa dikenal pasti.
“Pelbagai pihak dan sektor akan dilibatkan termasuk golongan belia dan pakar teknologi maklumat supaya diadakan pertemuan dan bincang saranan dan pandangan baru akan dikemukakan dalam bentuk dasar untuk mendapat kelulusan MTEN,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar