[ad_1]
Lee berkata pihak pengurusan IPT serta kolej kediamannya perlu melakukan audit keselamatan selain melaksanakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) cekap bagi mencegah kemalangan mahupun kejadian berbahaya dan penyakit.
Beliau berkata, audit keselamatan secara berkala serta budaya penyelenggaraan amat penting bagi memastikan aspek keselamatan terjamin sepanjang masa.
“Kita tidak tahu tahap keselamatan di kolej kediaman seluruh negara kerana tiada kajian menyeluruh dibuat dan mungkin perlu dilaksanakan audit keselamatan di semua kolej kediaman agar tahap keselamatan dapat dinilai selain segala kelemahan diperbaiki,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada seminar KKP di Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.
Lee berkata beberapa kajian dijalankan di kolej kediaman sebelum ini menunjukkan pelbagai kelemahan termasuk ketiadaan Pelan Tindakan Kecemasan, pintu rintangan api serta alat pemadam api tidak mencukupi manakala tempat berkumpul serta papan tanda arah keluar juga tidak kelihatan.
Menurutnya, ada juga kolej kediaman langsung tidak melaksanakan latihan kebakaran manakala tahap kesedaran KKP masih rendah dalam kalangan penghuni kolej.
Justeru, Lee berkata, NIOSH mahu budaya KKP baik disemai bermula di peringkat sekolah sehingga ke universiti memandangkan KKP adalah perkara wajib berdasarkan tuntutan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.
Dalam pada itu, Lee berkata, NIOSH menyokong hasrat Pusat Perumahan Pelajar dan Hospitaliti UMS untuk memperoleh Pensijilan ISO45001:2018 dan ia adalah langkah proaktif yang wajar dicontohi IPT lain termasuk yang telah memperoleh pensijilan lain seperti OHSAS18001.
Beliau turut mengingatkan organisasi yang telah mendapat sijil OHSAS18001 bahawa mereka diberikan tempoh sehingga 12 Mac 2021 untuk berhijrah ke ISO45001.
ISO45001 adalah piawaian global untuk pengurusan KKP dan dibangunkan oleh pakar KKP daripada lebih 70 negara.
Ia dibangunkan berdasarkan pendekatan sistem pengurusan generik lain seperti ISO14001 dan ISO9001 menggunakan pendekatan berasaskan risiko bagi memastikan keberkesanan dan peningkatan berterusan untuk memenuhi keperluan organisasi yang sentiasa berubah.
Lee turut mengucapkan tahniah kepada UMS atas Pelancaran E-Book Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dihasilkan Pusat KKP universiti itu.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar