[ad_1]
Beliau berkata lawatan itu juga telah mengimbas kembali cabaran berbeza yang dihadapi kementerian itu dengan berdepan perang gerila yang dilancarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) suatu ketika dahulu berbanding cabaran hari ini.
“Saya merasa gembira kerana dapat datang kembali ke kementerian ini setelah begitu lama, banyak juga kenangan peribadi saya dengan kementerian ini kerana saya pernah menjadi Menteri Pertahanan dari tahun 1981 hingga 1986.
“Mungkin ramai yang hadir pada hari ini belum lahir ataupun masih di bangku sekolah pada ketika itu, ” katanya ketika berucap kepada kira-kira 600 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena lawatan rasmi pertamanya sebagai Perdana Menteri ke-7 ke Kementerian Pertahanan hari ini.
Sempena lawatan rasmi itu Perdana Menteri telah diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pancaragam pusat RAMD di Dataran Wisma Pertahanan.
Pada lawatan itu Perdana Menteri diberikan taklimat oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengenai bidang fokus utama Kementerian Pertahanan bagi tahun 2019 yang merangkumi Kertas Putih Pertahanan, kebajikan anggota ATM, kesiapsiagaan ATM dan Veteran ATM.
Hadir sama pada majlis itu ialah Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Pertahahan Senator Liew Chin Tong dan semua pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Jenazah Tun Ahmadshah selamat dikebumikan
Barang Kosmetik Seludup Dirampas
Wanita Dakwa Ditukar Agama Kepada Islam Tanpa Izin, Sindiket Libatkan Ahli Keluarga Dalam Politik?