[ad_1]
TEKUN Nasional dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa anugerah itu diterima oleh Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor.
Mohamad Suparadi dalam kenyataan itu berkata anugerah ini merupakan satu pengiktirafan kepada TEKUN di atas inisiatif mempelbagaikan kaedah bayaran balik kepada usahawan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa.
Menurutnya anugerah itu diberikan berdasarkan kepelbagaian platform kemudahan pembayaran pembiayaan untuk semua usahawan TEKUN Nasional.
TEKUNPay merupakan aplikasi yang disediakan untuk semua usahawan TEKUN sebagai satu kaedah menyemak maklumat akaun pembiayaan dan membuat bayaran balik pembiayaan secara dalam talian (online) dengan lebih cepat dan mudah.
Bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan TEKUN, usahawan boleh memilih daripada senarai 22 buah bank yang disediakan.
Aplikasi itu boleh dimuat turun melalui Android Playstore dan Apple App Store secara percuma.
Sejak diwujudkan pada 1998, TEKUN telah menyalurkan pembiayaan perniagaan bernilai RM5.35 billion kepada 553,947 orang usahawan di seluruh negara.
Setakat Januari tahun ini, TEKUN mengeluarkan pembiayaan kepada 1,528 usahawan berjumlah RM24.9 juta di seluruh negara melalui skim-skim pembiayaan seperti TEMAN TEKUN, TEKUN Niaga, Kontrak-I, SPUMI dan Skim di bawah Program Khas.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Kebakaran dapur di Kedai Lama Papar hasil tindakan pantas Bomba
Labuan dikenal pasti sebagai hab global industri tuna – Zaliha
JANS digesa peka aduan gangguan bekalan, masalah tekanan air rendah