[ad_1]
Beliau berkata jumlah yang dibelanjakan setiap tahun untuk mengimport jagung bijian, sumber utama dalam formulasi makanan haiwan, menunjukkan peningkatan sebanyak 10 peratus setiap tahun.
“Kebergantungan kepada import jagung kini mencecah hampir 100 peratus, mewujudkan risiko dan ketidakstabilan kepada industri ternakan negara. Permintaan bagi jagung bijian sahaja semakin meningkat di seluruh dunia dan dijangka meningkat sekali ganda menjelang tahun 2050.
“Cabaran kita adalah untuk mempertingkatkan pengeluaran jagung untuk memenuhi permintaan masa depan bergantung kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), tadbir urus dan pelaksanaan dasar,” katanya semasa merasmikan Persidangan Jagung Serantau ASEAN anjuran Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini.
Beliau berkata kenaikan harga ayam dan telur sejak akhir-akhir ini berkaitan rapat dengan kos pembelian birijin bagi makanan haiwan.
Sim berkata kerajaan menyasarkan untuk mengeluarkan 1.44 juta tan metrik jagung bijian daripada kawasan seluas 80,000 hektar menjelang tahun 2032, di sebalik cabaran situasi global yang semakin kompetitif, seperti perdagangan bebas, perubahan iklim dan matlamat pembangunan lestari.
Beliau berkata menurut laporan MARDI, yang berkongsi pengalaman dalam potensi bagi jagung bijian di Malaysia, kualiti jagung bijian yang ditanam di Seberang Perai adalah lebih baik berbanding jagung bijian import.
“Kajian ke atas komposisi nutrien dan prestasi pertumbuhan tanaman tempatan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan yang diimport. Oleh itu, saya percaya input yang diterima daripada ahli sains, pakar, anggota panel antarabangsa dan penceramah daripada persidangan ini akan dimanfaatkan demi kemajuan industri jagung bijian di peringkat negara dan serantau,” katanya.
Persidangan tiga hari itu yang bermula hari ini, menarik 250 penyertaan daripada kalangan ahli sains, pakar, usahawan dan peserta industri dari Malaysia, Mexico, Indonesia, Thailand, India serta Filipina.
— BERNAMA
[ad_2]
More Stories
Madius gesa Kementerian Perpaduan jadikan MA63 sebagai asas pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu
Suara kebencian berbaur agama, ramai rakyat Sabah, Sarawak kesal membentuk negara Persekutuan Malaysia: Madius
Mesyuarat Jentera Pilihanraya UPKO N2 Bengkoka Fokus Persiapan Hadapi PRN17