Bicara kes saman Rosmah ditangguhkan sementara tunggu pengesahan polis

[ad_1]

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Perbicaraan kes saman sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor ditangguhkan sehingga pihak polis mengesahkan status 44 unit barang kemas bernilai US$14.79 juta atau hampir RM60 juta yang didakwa dihantar syarikat berkenaan kepada isteri bekas perdana menteri itu.

Peguam N. Rajivan, yang mewakili Rosmah berkata perbicaraan kes saman itu yang dijadualkan pada 4 dan 5 Mac ini dilapangkan selepas Peguam Kanan Persekutuan (SFC) S. Narkunavathy, yang mewakili kerajaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa rampasan barang kemas itu masih dalam siasatan pihak polis.

“Pihak polis juga tidak dapat mengesahkan status 44 unit barang kemas itu buat masa sekarang sehinggalah siasatan dapat diselesaikan pada Mei ini,” katanya kepada pemberita selepas prosiding kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin, di sini hari ini.
…..



[ad_2]