[ad_1]
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata sejak berkuat kuasa 1 April lepas, hanya satu permohonan diterima di Selangor melibatkan semakan ke atas 55 nama.
“Kemudahan telah disediakan secara percuma dan sikap prihatin ibu bapa dan masyarakat boleh menyekat mereka yang pernah melakukan jenayah seksual daripada mengulangi kesalahan sama di tempat baharu.
“Mereka yang terlibat menggaji individu yang mempunyai akses kepada kanak-kanak juga perlu melakukan semakan termasuklah pengusaha taska, pemandu bas sekolah dan pusat pendidikan agama,” katanya.
Yeoh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Taska dan Forum Pendidikan Awal Kanak-kanak Negeri Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Zulkhairi Zainol Abidin.
Mengulas lanjut, Yeoh berkata jika semakan dilakukan di pejabat JKM negeri, keputusan diperoleh serta-merta manakala semakan di pejabat JKM daerah memerlukan masa selama lima hari waktu bekerja.
Mengulas perkembangan lain, beliau berkata kementerian dalam proses memutihkan taman asuhan kanak-kanak (taska) yang tidak berdaftar di seluruh negara, bermula di Putrajaya dengan 49 premis dikenal pasti.
…..
[ad_2]
More Stories
Kehadiran Madius Meriahkan lagi sambutan Hari Malaysia KRT Tambalugu
MA63: 9 tuntutan asas selesai sepenuhnya
PADU: Kebimbangan M40 bujang perlu diperhalusi – Pakar